07 March 2011

FILEM KITA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku baru sahaja selesai menonton sebuah filem tempatan di pawagam iaitu Kembar Siang lakonan Kamal Adli dan Intan Ladyana. Filem tersebut agak ringkas, namun terselit banyak pengajaran buat kita semua. Manakan tidak, kita dapat melihat sendiri kasih abang terhadap adiknya yang agak "cerdik" yang telah diamanahkan oleh ayah mereka untuk menjaganya.



Walaupun kebanyakan jalan cerita dalam filem tempatan sudah dapat diagak, namun negara kita sekarang sudah maju dengan pelbagai filem yang berjaya mengutip jutaan ringgit dalam masa seminggu tayangan. Hal ini  sangatlah membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. 

Namun demikian, aku agak kecewa dengan bahasa yang digunakan dalam sesetengah filem tempatan yang banyak mengandungi unsur lucah yang keterlaluan. Walaupun tidak secara terang-terangan, namun kita dapat mengagak maksud yang ingin disampaikan. Contohnya seperti filem di bawah :


Tidak dapat dinafikan bahawa filem ini mengandungi banyak pengajaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang bebas. Namun tidakkah kita sedar bahawa sepanjang cerita ini ditayangkan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa remaja dengan bahasa yang kurang enak untuk didengar. Sepatutnya pihak FINAS mengambil tindakan dengan situasi ini, namun apa yang kita dapati sebaliknya. 

Oleh itu, kita sebagai guru haruslah berusaha menerapkan unsur-unsur positif dalam diri pelajar agar tidak terlibat dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan ini. Bahasa juga melambangkan peribadi seseorang. Jadi, marilah kita berganding bahu memantapkan bahasa ibunda kita di samping bersama-sama menghayatinya. Sekian.

No comments:

Post a Comment