11 February 2011

JENAMA DAN KITA..

Sedapnya Maggie ni...

Begitulah kata-kata yang terlintas di dalam hatiku sebaik sahaja menghirup kuah mee segera yang aku buat tengah hari tadi. Disebabkan malas untuk turun membeli makanan, aku mengambil keputusan untuk memasak sahaja mee segera tersebut.



Sambil aku menikmati hidangan mee segera yang enak itu, terlintas di fikiranku mengenai jenama sesuatu barangan yang telah menjadi tabiat dalam masyarakat kita. Contohnya, terdapat pelbagai jenis mee segera di negara ini seperti Sedap, Maggi, Adabi dan sebagainya. Namun demikian, akibat terbiasa menggunakan sesuatu jenama bagi mewakili keseluruhan sesuatu benda, kita tidak dapat membezakan yang mana satu jenama dan yang mana satu jenis.Misalnya :

A : Dah beli ke Colgate?

B : Nak jenama apa?

Pada asalnya, Colgate merupakan suatu jenama bagi ubat gigi. Namun, akibat sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita pada masa kini, istilah ubat gigi tidak lagi digunakan. Malah secara meluas menggunakan jenama Colgate bagi mewakili keseluruhan ubat gigi yang berada di pasaran.

Oleh hal yang demikian, kita seharusnya bijak menggunakan istilah supaya tidak terkeliru antara jenama dan jenis yang terdapat di pasaran. Sekian.


No comments:

Post a Comment