05 March 2011

ISTILAH BAHARU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ketika aku sedang menjamu selera sebentar tadi, tiba-tiba pintu rumah dibuka. Rupa-rupanya rakan serumahku pulang dengan membawa beberapa buah beg yang berisi barang. Aku pun menegurnya :

Aku : Banyaknya shopping.

Dia : Tak de lah. Gune duit ayah ni. Saje "mengepau" duit ayah.

Aku berhenti makan seketika. "Mengepau"? Apa benda tu? Tiba-tiba aku menjadi bingung seketika. Kemudian barulah aku perasan bahawa "mengepau" tersebut adalah istilah baharu yang bermaksud mengambil sesuatu. Selalunya anak muda zaman sekarang menyebutnya dengan kata "pau" sahaja.

Wah, mudahnya bahasa Melayu berkembang. Istilah yang belum pernah kita dengar sekarang semakin berkembang dari hari ke hari. Kadang kala kita juga turut keliru dengan istilah baharu tersebut. Begitu juga dengan istilah "mencapub" yang merupakan akronim bagi perkataan "mencari publisiti". 

Begitu banyak bahasa atau istilah baharu yang semakin berkembang seiring dengan arus kemodenan. Generasi muda sekarang lebih banyak menggunakan istilah baharu yang sesuai dengan kehidupan mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya terdapat perkataan baharu yang boleh memeningkan kepala kita walaupun untuk seketika. Sekian.

No comments:

Post a Comment