21 February 2011

ZAMAN KANAK-KANAK

Petang tadi, aku sempat menelefon emak di kampung. Terubat juga kerinduan yang sarat di hati ini. Menurut emak, adik sepupuku, Alia ingin berbual sebentar denganku. Aku pun menyuruh emak memberikan telefon bimbit kepadanya. 

Aku : Hello, adik.


Alia : Hello, Kak Cik. Kak Cik buat apa? (dengan nada yang sedikit manja)

Aku : Tak buat apa la. Adik dok kat rumah Ngah ka? (Ngah merupakan gelaran bagi ibuku sebagai ibu saudaranya)


Alia : Ha, Kak Ti ambik tadi. Kak Cik, nanti Kak Cik beli pensil warna kat adik tau.


Aku : Alaa..Kak Cik mana ada duit. 


Alia : Kak Cik selalu tak dak duit. 

Talian terputus kerana kredit aku kehabisan. Hilang juga perasaan rinduku kepada keluarga, apatah lagi dapat berbual dengan Alia. Hilang sudah segala stress yang selama ini terbuku di dalam jiwa. Teringat aku pada suati kisah semasa aku kecil dahulu.

Ketika itu aku seusia Alia. Aku masih tergagap-gagap untuk bertutur. Ada sahaja perkataan yang salah apabila disebut. Aku juga seperti Alia. Suka meminta-minta sesuatu daripada abah. Abah pula sering membelikan mainan kepadaku. Alangkah gembiranya tidak terkata.

Kini, aku sudah dewasa dan mungkin akan mempunyai keluarga sendiri kelak. Aku harapkan agar keluargaku juga sebegitu, saling memahami dan berkasih sayang antara satu sama lain. Begitu juga dengan bahasa. Akan aku ajarkan bahasa yang baik-baik kepada keluargaku kelak agar mereka juga menjadi insan yang berguna.


No comments:

Post a Comment