21 February 2011

BAHASA IKLAN..

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lama rasanya tidak mencoret di dalam blog ini. Disebabkan sibuk dan tiada idea untuk menulis, aku membiarkan blog ini bersawang sebentar. Namun hari ini aku gagahi juga untuk menulis walaupun secebis ayat.

Seringkali apabila kita menonton televisyen atau membaca surat khabar, kita akan disogokkan dengan kata-kata yang indah untuk mempengaruhi minda kita. Ada juga kata-kata yang tidak sedap untuk didengar dan yang memprovok minda kita untuk mempercayainya.

Tadi, aku telah membaca majalah kegemaranku iaitu Mingguan Wanita. Aku mengambil kesempatan untuk menyelak bahagian iklan sebentar. Aku mendapati bahawa bahasa yang digunakan kebanyakannya adalah untuk mempengaruhi minda kita supaya mempercayai setiap barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Contohnya seperti berikut :

10 TINDAKAN Lengkap Untuk Kulit CERAH SEMPURNA Dalam Hanya 2 MINGGU!

Kulit Kusam? Parut? Jeragat? Jerawat? Kulit Berkedut?
Penyelesaiannya....

MUDAH, CEPAT, TEPAT
Anywhere, Anytime, Anyplace
Belajar Bahasa Inggeris secara online

UTAMAKAN KESIHATAN & KECANTIKAN DIRI BERSAMA
Inginkan Bentuk Badan Yang Lansing, Kulit Yang Mantap Dan Putih Gebu?

Begitulah serba sedikit yang dapat akau kongsikan. Pada pandangan aku, bahasa yang digunakan dalam setiap iklan mempunyai unsur retorik pemujukan iaitu untuk mempengaruhi minda pembaca supaya mempercayai setiap barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Bahasa yang digunakan juga mudah dan senang difahami. Oleh itu, terpulanglah kepada kita untuk mempercayainya ataupun tidak. Sekian.

No comments:

Post a Comment