Showing posts with label AKU DAN KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label AKU DAN KELUARGA. Show all posts

21 February 2011

ZAMAN KANAK-KANAK

Petang tadi, aku sempat menelefon emak di kampung. Terubat juga kerinduan yang sarat di hati ini. Menurut emak, adik sepupuku, Alia ingin berbual sebentar denganku. Aku pun menyuruh emak memberikan telefon bimbit kepadanya. 

Aku : Hello, adik.


Alia : Hello, Kak Cik. Kak Cik buat apa? (dengan nada yang sedikit manja)

Aku : Tak buat apa la. Adik dok kat rumah Ngah ka? (Ngah merupakan gelaran bagi ibuku sebagai ibu saudaranya)


Alia : Ha, Kak Ti ambik tadi. Kak Cik, nanti Kak Cik beli pensil warna kat adik tau.


Aku : Alaa..Kak Cik mana ada duit. 


Alia : Kak Cik selalu tak dak duit. 

Talian terputus kerana kredit aku kehabisan. Hilang juga perasaan rinduku kepada keluarga, apatah lagi dapat berbual dengan Alia. Hilang sudah segala stress yang selama ini terbuku di dalam jiwa. Teringat aku pada suati kisah semasa aku kecil dahulu.

Ketika itu aku seusia Alia. Aku masih tergagap-gagap untuk bertutur. Ada sahaja perkataan yang salah apabila disebut. Aku juga seperti Alia. Suka meminta-minta sesuatu daripada abah. Abah pula sering membelikan mainan kepadaku. Alangkah gembiranya tidak terkata.

Kini, aku sudah dewasa dan mungkin akan mempunyai keluarga sendiri kelak. Aku harapkan agar keluargaku juga sebegitu, saling memahami dan berkasih sayang antara satu sama lain. Begitu juga dengan bahasa. Akan aku ajarkan bahasa yang baik-baik kepada keluargaku kelak agar mereka juga menjadi insan yang berguna.


10 February 2011

DIALEK KITA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang tadi selepas sahaja pulang dari kelas EDU, aku menunaikan segera menunaikan solat asar. Selepas berbual seketika dengan orang tersayang, aku pun terus melelapkan mata seketika kerana keletihan. Sebaik sahaja mata terbuka, aku membaca mesej yang telah dihantar oleh adikku.

Tpon mak st..la ni.

Aku pun dengan segera menelefon mak di kampung. 



Aku : Hello, assalamualaikum.

Mak : Halo, waalaikumsalam.

Aku : Awat Mak?

Mak : Tak dak pa la. Ni hang dok wat pa ni?

Aku : Baqu bangun tidoq.

Mak : Tidoq apa maghrib2 ni. Pasai pa?

Aku : Tak dak pa la. Baqu balik kelas tadi. Letih la.

Mak : Oo..ni tadi hang mesej mak  tak dak kredit. Baju tu tak buat lagi. Tengok la haqi ahad ni ka mak pos.

Aku : Tak pa la cam tu. Kawan chek dok tanya dah.

Mak : Ha, tengok la siap nanti mak suquh la Kak Ah pos. Makan dah ka?

Aku : Ok. Makan tadi ja, malam dak lagi.

Mak : Acat limau habih dah ka? ikan bilis?

Aku : Habih dah. Ikan bilis baru makan sekali.

Mak : Ha, tak pa la cam tu. Pi la mandi nu, maghrib dah.

Aku : Ha la, nak pi la ni. Ok, assalamualaikum.

Mak : Waalaikumsalam.


Itulah dialek kita. Dialek Kedah yang menjadi kebanggaanku. Aku tidak pernah segan untuk bertutur dalam dialek tersebut walau di mana aku berada. Namun, ada juga pepatah "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Ada kala apabila berada di dalam situasi yang formal, aku akan bertutur dalam bahasa baku. Namun masih tidak kulupakan bahasa dialek tersebut. Sangat unik bukan?

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan dialek kita. Namun tidak harus kita lupa akan bahasa baku yang menjadi cerminan diri kita. Wassalam.