Showing posts with label AKU DAN HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label AKU DAN HIBURAN. Show all posts

07 March 2011

FILEM KITA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku baru sahaja selesai menonton sebuah filem tempatan di pawagam iaitu Kembar Siang lakonan Kamal Adli dan Intan Ladyana. Filem tersebut agak ringkas, namun terselit banyak pengajaran buat kita semua. Manakan tidak, kita dapat melihat sendiri kasih abang terhadap adiknya yang agak "cerdik" yang telah diamanahkan oleh ayah mereka untuk menjaganya.



Walaupun kebanyakan jalan cerita dalam filem tempatan sudah dapat diagak, namun negara kita sekarang sudah maju dengan pelbagai filem yang berjaya mengutip jutaan ringgit dalam masa seminggu tayangan. Hal ini  sangatlah membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. 

Namun demikian, aku agak kecewa dengan bahasa yang digunakan dalam sesetengah filem tempatan yang banyak mengandungi unsur lucah yang keterlaluan. Walaupun tidak secara terang-terangan, namun kita dapat mengagak maksud yang ingin disampaikan. Contohnya seperti filem di bawah :


Tidak dapat dinafikan bahawa filem ini mengandungi banyak pengajaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang bebas. Namun tidakkah kita sedar bahawa sepanjang cerita ini ditayangkan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa remaja dengan bahasa yang kurang enak untuk didengar. Sepatutnya pihak FINAS mengambil tindakan dengan situasi ini, namun apa yang kita dapati sebaliknya. 

Oleh itu, kita sebagai guru haruslah berusaha menerapkan unsur-unsur positif dalam diri pelajar agar tidak terlibat dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan ini. Bahasa juga melambangkan peribadi seseorang. Jadi, marilah kita berganding bahu memantapkan bahasa ibunda kita di samping bersama-sama menghayatinya. Sekian.

ARAB ---> MELAYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Terasyik seketika tatkala mendengar lagu InsyaAllah versi Melayu oleh penyanyi yang meningkat naik iaitu Maher Zain.





Seronok bukan apabila orang berbangsa Arab berjaya menyanyikan lagunya dalam bahasa Melayu. Pasti kita bangga mempunyai artis luar yang sanggup menghafal lirik menyanyikan lagu dalam versi Melayu. Berapa banyak dalam kalangan artis kita yang memartabatkan bahasa ibunda mereka sendiri. Kononnya ingin bersifat versetil, berani mencuba sesuatu yang baru namun tidak pula mereka terfikir akan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Contohnya seperti lagu ini :






Memang sedap didengar, namun tidak salah sekiranya mereka menyampaikan lagu ini dalam bahasa Melayu. Apatah lagi lagu tersebut dijadikan lagu tema bagi salah satu syarikat telekomunikasi Malaysia. Sudah pasti menjadi tatapan umum dan diikuti oleh anak muda zaman sekarang. Lebih baik sekiranya kerajaan kita mengetatkan undang-undang bahasa dalam industri hiburan agar lebih mengutamakan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Sekian.

10 February 2011

"PUBLIC FIGURE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tersentak hatiku apabila membaca salah satu blog kesukaan ramai mengenai artis-artis tanah air kita. Banyak juga gosip-gosip terkini yang boleh dijadikan tauladan dan ada juga yang boleh dibca namun tidak boleh dipercayai.

Aku agak tertarik dengan isu salah seorang artis wanita ini. Beliau agak popular dan kebanyakan dramanya menjadi tontonan umum. Namun apabila beliau menggunakan kata-kata kesat yang tidak sedap didengar apatah lagi dijadikan idola, aku agak keliru. Di mana nilai seorang artis yang boleh dikatakan sebagai "public figure".

Antara kata-katanya yang sangat tidak sedap dibaca mahupun didengar adalah seperti berikut :

"Anugerah Bintang  Malap Pelakon Wanita Betina Sundal yang bertudung pink dalam Melodi 2011..Teka siapakah BINATANG itu?? Artis paling Hannjjj...

Begitulah serba sedikit yang aku baca. Dari info yang telah aku peroleh, artis tersebut sangat marah dengan seorang lagi artis yang mempunyai masalah dengan beliau. Malah ada juga saman-menyaman antara mereka.

Untuk pengetahuan semua, aku sangat tidak senang duduk apabila terdapat dalam kalangan artis yang boleh dikatakan sebagai "public figure" dalam kalangan remaja zaman sekarang yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti di atas. Apakah tidak ada bahasa yang sopan dan indah yang boleh digunakan bagi melambangkan identiti seseorang sehinggakan sanggup berkata-kata sedemikian?? Timbul juga persoalan, haruskah kita menjadikan mereka ini "public figure" sedangkan ramai lagi ilmuan yang boleh dijadikan idola seperti YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz, Prof. Emriteus Abdullah Hassan dan lain-lain. Apakah yang akan berlaku kepada generasi sekarang apabila mengagung-agungkan golongan artis? Tepuk dada tanya iman..Wassalam.